Saturday, 2 February 2013

teman

 
 
 
merenung kejora di malam hari
 hanya kelihatan menjelang pagi
 terima kasih sahabat kerana memahami
 segala kelemahan diriku ini


 
suara si pungguk mendayu-dayu
 memuja bulan tak pernah jemu
 biar di dunia ku himpun rindu
 di akhirat sana ku mohon bertemu


 yang merah itu dikatakan cinta
 yang indah itu dikatakan berharga
 bagaimana akhirnya persahabatan kita
semoga mendapat redha Allah jua

merenung langit di kala senja
 mengharap fajar akan menjelma
 padamu Tuhan kupanjatkan doa
 persahabatan ini subur selamanya


jangan menulis di atas kaca
 baik menulislah di atas meja
 jangan menangis kerana cinta
 indahnya menangislah kerana dosa
 
 
# pesanan dari sahabat:
 
jika takut dihimpit kerinduan,
jangan sesekali mencipta kenangan


 
 


No comments:

Post a Comment