Saturday, 31 December 2011

rumput cikgu cantik ke?









Pada 1 hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada cikgunya yang sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar: "Cikgu, mcm mana kita nak pilih org yg paling kita sayang? Mcm mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu : "Ok, awak ikut apa yang saya suruh ni..Awk pergi ke padang dan bjalan atas rumput sambil pandang rumput di depan awk..Petik yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun hanya sekali..Dan bawa ke kelas."

Bila pelajar tersebut pulang ke kelas, takde sehelai rumput yang dibawanya.

Cikgu: "Kenapa takda rumput yang dipilih?"

Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik..Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus jalan ke depan sambil mencari tanpa menoleh ke belakang lagi..Tapi sampai di hujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik..Mungkin di belakang saya tadi ada rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh toleh belakang, jadi takdelah rumput yang saya petik."

Cikgu: "Ya, itulah jawapannya. Maknanya bila kita dah jumpa dengan orang yang kita sayang, bersyukurlah, dan setialah, janganlah kita hanya nak cube cari yang lebih baik dari itu, kerana semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing2..lgpun dalam kehidupan ini takkan terasa manisnya hidup andainya hidup kita ni tak pernah di lambung gelora..Jangan lah hanya mencari kesempurnaan hidup, kerana tiada orang yang paling sempurna didunia..tetapi seseorang itu akan rasa sempurna apabila diri mereka dihargai dan disayangi..bak kata kura2 cikgu, eventhough i`m not beautiful, but u make me beautiful..tibe2 je?? ape kaitannye ni? haha..hargailah apa yang kita ada dan jangan sia-siakannya..mst best kasih sayang tu nnt murid2!! kn kn kn? syg kamu!! " hehe =)


No comments:

Post a Comment